Jawapan pendeknya: Ye boleh je, tapi kita kena ikut beberapa step untuk pastikan hasil kerja-kerja mengecat nanti memuaskan.
Posting ni akan bagitau cara-cara nak cat tile tandas untuk dapatkan hasil yang berkualiti. Lepas siap nanti, barulah dapat rasa bangga tengok hasil kerja sendiri. Tapi, kalau nak upah orang lain pun boleh je.
Step 1: Sediakan tile untuk dicat
Sebelum nak cat, tile ni kena prepare dulu. Prepare ni untuk pastikan tile tu bersih, kering, dan suci dari kerak untuk dapatkan hasil cat yang bagus. Pastikan korang smoothkan tile dengan kertas pasir, scrub, dan kemudian guna primer kat tile yang ingin dicat.
Boleh ke taknak guna primer? Boleh je kut, tapi kalau cat senang tanggal, jangan banyak komen la.
Bila tengah sand & scrub, pastikan korang cover semua area yang nak dicat, termasuklah kat grout, celah2 antara tile. Jadi, korang akan buang segala jenis daki dan kotoran yang dah lama berkumpul kat situ. Lepas siap, bilas dengan air suam untuk hilangkan kotoran yang tertanggal tadi.
Biarkan tile tu sampai betul-betul kering. Lepas tu baru apply primer. Jenis primer yang korang guna bergantung pada jenis tile yang nak dicat. Untuk tile ceramic atau porcelain, boleh guna primer epoxy atau urethane. Untuk tiles jenis unglazed quarry atau natural stone, guna primer masonry.
Step 2: Jenis Cat untuk Tiles Tandas
Sekarang, tile korang dah ready untuk dicat. Jenis cat bukan sebarang cat. Cat yang korang pilih perlu berdasarkan jenis tile tandas korang, dan tujuan cat tu. Contohnya, cat jenis latex atau epoxy sesuai untuk tile ceramic, pocerlain, atau unglazed quarry sebab cat jenis ni ada ciri kalis air yang bagus. Cat latex bagus untuk tile tandas di area yang biasanya kering. Tapi, untuk area yang selalu basah, better guna cat epoxy.
Kalau korang nak cat dekat tile yang dibuat oleh batu asli, cat acrylic latex sesuai untuk jenis permukaan tu.
Step 3 (?): Cat Tile Tandas atau Tukar Tile?
Secara general, cat tile lebih senang dan lagi murah berbanding tukar tile baru. Bergantung pada saiz, perbezaan kos tu boleh cecah beratus hingga ke beribu ringgit.
Lagi satu, tak ada pun undang-undang yang mengatakan korang boleh cat satu kaler je. Kalau nak meriah sikit, buatlah corak sendiri. Ini masanya nak tunjuk sisi seni korang. Lagi satu kelebihan cat berbanding tukar tile, bila-bila masa korang boleh cat dengan warna baru kalau nak kelainan.
Step 4: Maintain Tile Selepas Cat
Memandangkan tandas adalah tempat yang selalu basah, tile yang dicat perlu dijaga dengan elok. Kena faham ni sebelum decide nak cat. Kalau nampak ada cat dah tertanggal, tercalar, atau pudar, bersedialah untuk buat balik kerja-kerja mengecat (termasuklah kerja-kerja prep lantai tile tadi).
Mengecat tile tandas adalah salah satu cara yang bagus untuk buatkan tandas lama rasa macam baru. Mengecat tile tandas juga satu cara yang senang untuk beri nafas segar pada tile lama, dan untuk serlahkan nilai seni dengan corak tersendiri.
Sekarang dah ada semua maklumat yang diperlukan untuk cat tile korang, benda yang tinggal hanyalah untuk cari masa dan tenaga untuk buat. Kalau tak ada masa, panggil je pengecat professional. Tau la deme apa nak buat.

Comments
Post a Comment