Skip to main content

11 Idea Renovate Rumah dengan Bajet Rendah



Nak renovate rumah dengan modal rendah ni satu kerja yang mencabar. Rumah sekarang bukan murah, memang nak kena plan betul-betul. Selain daripada kos nak renovate, kena fikir jugak kesannya pada nilai hartanah tu nanti. Jadi, kalau korang memang tengah plan nak renovate rumah, ada beberapa “per” penting yang korang kena tau.


Mana Nak Mula?


Bila nak plan renovate rumah, better korang check dulu keseluruhan rumah dan buat senarai berdasarkan pemerhatian korang. Mula dari luar rumah dan check dinding dan tingkap, lepas tu check dari bilik ke bilik. Ada apa-apa crack tak kat dinding? Ada tak cat tertanggal? Sarang semut/anai-anai/tebuan? Dari luar mungkin nampak okay je, tapi bila dah tengok betul-betul mungkin ada sesuatu.


Selepas siap senarai tu, susun balik berdasarkan kepentingannya. Contoh, kalau ada bahagian rumah yang kena repair terus, korang kena lekas2 ambil tindakan sebelum jadi lebih parah sampai boleh bagi kesan pada kekukuhan rumah. Boleh juga susun senarai tu berdasarkan mana satu dulu yang nak kena buat. Bermula dari benda yang besar seperti pecahkan dinding sehingga ke benda yang simple seperti mengecat. 


Yang lagi penting, jangan lupa dapatkan pertolongan. Dapatkan bantuan daripada keluarga atau pun kawan2 untuk dapatkan pandangan diorang. Kalau tak yakin dengan keupayaan diri sendiri, upah je profesional. Kalau nak upah orang, dapatkan dulu quotation (sebut harga). Senang nak compare dengan bajet sendiri dan elak apa2 isu payment nanti.

Idea-idea Renovate Rumah dengan Kos Rendah 

Kalau korang masih tak ada idea macam mana nak start renovate rumah, atau masih rasa sesak dengan kewangan, berikut adalah idea-idea renovate rumah dengan kos rendah yang korang boleh cuba.

1. Remodel bilik air 

Antara bilik yang paling penting dalam menentukan pembelian rumah ada bilik air. Tak cukup bilik air, atau bilik air yang kurang sifat boleh menyebabkan ramai pembeli rumah tak jadi beli. Jangan risau, nah beberapa idea untuk korang.

  • Tambah frame dekat cermin. Cermin bilik air, lagi2 yang lama, akan nampak lusuh. Biasanya lusuh dekat tepi2 cermin. Dengan tambah frame cermin, apa2 jenis kesan terkopak akan dapat ditutup, dan sekaligus buat nampak lagi cantik dan kemas.

  • Gantikan kelengkapan bilik air. Kelengkapan bilik air yang lama menyebabkan tandas korang nampak lama (yelah, takkan nampak baru pulak). Benda2 ni lah sebenarnya yang menentukan “feel” tandas korang. Bagus kalau guna kelengkapan yang diperbuat daripada stainless steel. Faham kita bajet tengah tight, tapi kalau terpaksa gantikan kelengkapan yang plastik, pastikan bahan plastik tu nampak kuat dan tak mudah pecah.

  • Cat balik dinding bilik air. Kalau ada plan nak jual, guna warna neutral untuk menarik lebih ramai pembeli. Tapi kalau untuk sendiri2 je, plan warna cat supaya sepadan dengan tiles.

  • Pasang rak dinding. Dengan pasang rak, bilik air akan nampak lebih luas. Susunan sabun, shampoo dan bahan2 mandian lain akan menambahkan nilai estetik pada bilik mandi. 

2. Renovate dapur

Ramai orang ingat yang renovate dapur ni makan modal yang besar. Tapi, untuk mencantikkan dapur, tak semestinya perlukan modal tinggi. Cuba cek dulu idea-idea ni:

  • Cat baru. Cat lagi, tapi inilah cara paling senang dan murah untuk membuatkan rumah korang nampak baru. Dah lah senang, murah, boleh buat sendiri pulak tu. Pemilihan warna cat macam idea di bilik air tadi; warna neutral untuk jual, warna apa2 je ikut citarasa korang untuk sendiri2.

  • Tutup kabinet lama dengan pintu baru. Tukar pintu kabinet baru lebih mahal sebenarnya daripada cat baru. Tapi, lebih murah daripada tukar kabinet baru. So, kita ambil jalan pertengahan yang lebih menguntungkan. 

  • Tambah baik susun atur dapur. Kadang2, tak perlu pun nak robohkan dinding untuk bagi dapur jadi luas. Contohnya, tambah rak untuk gantung periuk dan kuali boleh tambahkan ruang. Bila dah ada extra ruang ni, bukan saje boleh tambah barang baru, malah nampak lagi menarik pada pandangan bakal pembeli.

  • Gantikan lekapan lampu lama dan tambahbaik pencahayaan. Pencahayaan yang bagus adalah penting untuk semua bilik, lagi2 untuk dapur. Pencahayaan yang cukup penting bila sediakan bahan2 masakan, jadi gantikan lekapan lampu lama dengan yang baru. Kalau boleh, susun atur balik kedudukan lampu untuk fokus pada area memasak.

  • Tukar jubin dinding. Salah satu cara paling senang nak naikkan seri dapur adalah dengan tukar jubin dinding. Lagipun, banyak design cantik2 yang boleh dipilih.

 

3. Naiktaraf Imej Depan Rumah

Pandangan depan rumah memberi sumbangan yang besar terhadap imej keseluruhan rumah. Banyak rumah yang gagal bagi first impression yang wow, sampai ramai yang judge dalaman rumah tu hanya berdasarkan keadaan depan rumah. Ini antara contoh cara korang boleh buat untuk naikkan imej kawasan depan rumah:. 

  • Upgrade pintu depan. Pintu depan adalah point utama bahagian luar rumah dan boleh jadi ‘teaser’ macam mana keadaan dalam rumah. Lihat balik tombol pintu, pagar, kalau2 dah nampak lama dan buruk. Menggantikan pintu pun boleh jadi salah satu cara untuk upgrade rumah dengan bajet rendah. Atau pun cat baru. 

  • Tanam bunga. Tambah beberapa pasu bunga boleh menaikkan seri depan rumah. Tak mahal sangat pun. Pelbagaikan jenis bunga biar nampak lebih menarik perhatian. 

Ini adalah beberapa cara untuk renovate rumah dengan bajet rendah. Harap2, tips ni dapat bagi korang idea apa nak buat untuk plan renovate rumah. Mesti kena ada plan yang jelas, lagi2 dengan bajet yang terhad, dan ambil kira juga yang mana satu boleh bagi pulangan dan kepuasan yang besar.


Comments